i am engineering student

Assalamualaikum, hye, hello, im sue and this is my blog .

Actually Im not 'blogholic' but i will spend my time to writing something related about me from time to time.

Wednesday, September 19, 2012

MT. YONG YAP-BUBU-TOK NENEK and CBL

assalamualikum...
selamat pagi...
hari ini 20 sept 2012 jam 8.38 pagi...
pagi-pagi ni daripada aku termenung nak tunggu masuk kelas pukul 11 baik aku layan blog aku kan...
so cerita aku kali ini ialah perjalananku baru bermula..kan baru masuk semester baru so ada la azam baru..hehe
2 minggu lepas 5/9-10/9 aku mulakan dengan pendakian ke gunung yong yap-bubu-tok nenek beserta 24 pendaki lain lagi...pengalaman bersama meraka teramatlah best....5 hari pendakian aku kat sana macam-macam yang aku hadapi kalau nak cerita dari a to z memang ta habis lah...
ini lah geng2 aku azita ahmad, syaza syafiqah, mohamad topek, epul, azieazfar, azni, myrza fasha, mattz dinz, helmi, pali, syimie, kak wani, kak yani, topek kecik, mia mirah, aidil, faizal, afiq, pressila inting, fitri, zhafir dan acap...
tak lupa jugak kepada 2 guiders kitorang yang sporting ni iaitu encik nazry n abang suddin kita yang comel tu...hahaha
segala penat lelah mental bagai kitong rasai bersama...
memang best bersama korang tau... 
tq korang kerana jaga aku kat atas sana dan sepanjang pendakian tu..

Informasi tentang gunung yong yap-bubu-tok nenek:


Gunung Yong Yap
7,110 kaki
Gunung Bubu
6,476 kaki
Gunung Tok Nenek
6,248 kaki



Gunung Yong Yap yang bersempadan dengan negeri Perak/Kelantan mempunyai ketinggian setinggi 7,110 kaki dari paras laut. Gunung Yong Yap termasuk dalam gunung-gunung 'G7' oleh pendaki tempatan. Gunung G7 yang lain ialah Gunung Tahan dan Gunung Yong Belar di Pahang, Gunung Korbu, Gunung Gayong, Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat di Perak.

on the way ke puncak yong yap
Apatah lagi cabaran kali ini adalah pendakian 3 buah gunung serentak. Gunung Yong Yap setinggi 7,110 kaki, Gunung Bubu 6,476 kaki dan Gunung Tok Nenek 6,278 kaki dari paras laut. Ketiga-tiga puncak ini terkenal dengan pemandangan penuh banjaran Titiwangsa. 












JOM KE CBL PULAK ( CHEMERONG-BEREMBUN-LATA LANSIR)

Minggu lepas 15/9-17/9 aku meneruskan pendakian ke gunung chemerong-berembun-lata lansir.
aku bersama rakan-rakan ump aku iaitu mattz dinz ,syimie, ezad, paih, fathi,ecah, raja farhana dan ain
follow trip geng HIKMAH KEMBARA ADVENTURE TEAM .
geng-geng ni jugak sporting habis lah.
pengalaman daki gunung ni jugak best sebab dapat jumpa air terjun kolam puteri.
aku excited cikit jumpa air nih...
kat kolam puteri memang best..
lagi-lagi bila hari last kami nk balik dekat dengan jambatan gantung tu ad port yang boleh berenang..apa lagi menyelam lah aku kat situ..
pergghhh memang best...
tapi sayang kitorang tak dapak naik kat puncak chemerong.ada problem yang tak dapat dihalang .kata orang kat situ ada air terjun tertinggi kat malaysia...
sayang xdapat tengok..
ini kena pergi sekali lagi ni..
haha... inilah kitorang...


bukti kami ke cbl...
sempat bergambar di puncak berembun

bestnyer di kolam puteri

sempat lagi beraya ni -last day syawal-
inilah geng2 hikmah kembara...


Informasi tentang CBL:

Lata Chemerong adalah air terjun tertinggi di Asia tenggara terletak terletak di Hutan Lipur Chemerong di bandar Almuktafi Billal Shah menghala ke Pasir Raja melalui jalan lama ke  Kuala Terengganu ( Jabur Bukit besi ).Ia merupakan kawasan hutan simpan negeri Terengganu.Kebiasaan nye mereka yang datang kesini akan terus mendaki ke gunung berembun dan bermalam di air terjun lata lansir / lesung batu.
Hutan lipur chemerung juga adalah sebuah kawasan perkhemahan untuk menjalankan kem- kem motivasi dgn udara segar hutan yg terjaga.Untuk melakukan aktiviti pendakian adalah diharap supaya mendapat kebenaran dari bahagian pengurusan hutan lipur chemerong untuk mendapatkan status mereka yg melakukan pendakian kerana dikuatiri terdapat ramai org pada satu2 masa.

Gunung Berembun

Perjalanan ke Gunung Berembun mengambil masa lebih kurang 6 ker 10 jam mengikut stamina masing2. Berketinggian lebih kurang 3405 kaki atau 1108 meter dari paras laut adalah antara gunung yg sering didaki kerana terdapat banyak punca air serta campsite yg best dan cantik berhampiran air terjun. 
Perjalanan adalah sama ker air terjun lata chemerong dan akan melintas anak sungai air terjun chemerung untuk ke hutan gunung berembun.Perjalanan selepas melintas anak sungai adalah satu pendakian dari yg mudah sehingga memerlukan tali.tegak tu.... sehingga sampai ke Kem balak dimana disini adalah tempat rehat untuk makan dan mengambil air. Air nya sgt bersih terasa seperti meminum air mineral dipasaran.

Air terjun Lata Lansir / Lesung Batu

Perjalan ker air terjun lansir dari gunung berembun mengambil masa dalam sejam ker sejam setengah menuruni bukit yg agak menjunam juga.Jika dapat menawan gunung berembun sebelum jam 5 ptg bermakna anda akan sampai ker air terjun lansir sebelum mlm. kebanyakan mereka akan sampai pada waktu awal malam.. jadi sediakan lah head lamp kerana perjalanan akan menjadi gelap. menghampiri air terjun lansir jalan adalah landai tp agak licin.
setengah org akan membuat campsite di tempat awal skali sampai iaitu lesung batu.. campsite disini boleh memuatkan dalam 20 org jika pandai susun.. mempunyai kolam air yg agak dalam dan best mandi manda dan untuk melakukan aksi2 tiruk.. serta air yg jernih.. disini juga ade yg akan bermain gelongsor kerana batu batunye yg landai..

No comments:

Post a Comment