1
Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah. ‘ hello akak ,anis
dapat 8A SPM akak .’ Aku kongsi kegembiraanku dengan kakak-kakakku. Merekalah
yang banyak memberi semangat dan dorongan untukku berjaya. Sejak ibu dan ayahku
meninggal 3 tahun yang lalu, banyak perkara yang harus aku lalui sendiri.
Untung juga ada adik-beradik ni, dapat jugak aku menagih kasih sayang dari
mereka. Tak banyak sedikit pun jadilah. Mereka semua pun ada keluarga
masing-masing. Tinggallah aku sendiri meneruskan hidup dan hala tuju untuk masa
depanku sendiri.
‘Anis , kau dapat berapa Anis?’tanya Nabila sahabat Anis
Natasha sejak sekolah rendah lagi.
‘Engkau Bella kalau tak tanya result aku memang tak sahkan.
Alhamdulillah aku dapat semua A Bella. Engkau pun samakan?’usik Anis.
‘Tahniah Anis. Eh, macam mana kau boleh tahu result aku ni!
Tak adil betul la. Ni mesti Aiman yang bagitahu nih. Tak boleh simpan rahsia
betullah mamat ni,’marah Bella kepada Aiman kekasih hatinya yang melaporkan
keputusan SPM Bella kepada Anis.
‘Alahai, pakwe kau jugakkan. Dengan aku pun kau nak rahsia
jugak ker,’sakat Anis kepada Bella.
‘Mana ada aku gurau jelah. Pasal result ni takpalah. Jangan
benda lain yang dia report kat kau sudah’.
Mataku melilau-lilau mencari kelibat Farid. Dia tak datang
ambil keputusan SPM dia ke hari ni? Ke dia lupa? Mesej aku pun dia tak balas.
Dah 2 bulan dia tak balas mesej aku. Aku dah lama tak tengok Farid sejak dari
tamat peperiksaan SPM sehinggalah sekarang. Rindu juga aku nak melihat
wajahnya. Tapi dia tak rindukan aku ke? Adakah hubungan aku dengannya tamat
selepas berakhirnya zaman persekolahan? Kenapa Bella dan Aiman masih kekal
bersama? Dia memang tak pernah serius dengan perhubungan ini. Memang silap aku
kerana mengharapkan kasih sayang seorang lelaki namun hanya belas kasihan yang
diberikan kepada diri yang bergelar anak yatim piatu ini. Kalau betullah dia
tidak inginkan perhubungan ini diteruskan maka aku akan tutup cerita lama dan
buka buku baru. Selamat tinggal Farid.
Samaada aku ingin meneruskan pelajaranku dengan diploma
atau masuk kolej matrikulasi. Fikiran aku masih buntu. Bella pun belum buat
keputusan lagi. Takkanlah aku nak ikut kawan kot. Ini masa depan aku. Kakak-kakakku
suruh ambil bidang perguruan tapi aku tak minat. Aku lebih minat kearah kejuruteraan.
Lastly, aku ambil keputusan nak masuk kolej matrukilasi dulu lepastu baru
sambung ijazah dalam bidang kejuruteraan.
Aku menyebarkan berita gembira ini kepada seluruh keluarga
ibu saudaraku. Memang patut aku mengucapkan terima kasih kepada keluarga itu
kerana sejak pemergian kedua ibu bapaku, aku menumpang tempat berteduh dan
berlindung dengan keluarga Acik Salmah. Rumah peninggalan keluargaku telah
disewakan. Manakala kakak-kakakku telah menetap di ibu kota. Hanya ada cuti
sahaja meraka berpeluang pulang ke alor gajah melawat aku dan sanak saudara
yang masih ada. Acik salmah dan sekeluarga memang baik orangnya. Dia telah
mengagap aku serta kakak-kakakku seperti anaknya sendiri. Acik salmah dan
pakcik man serta anaknya dua orang lagi iaitu abang kimi dan farah memang sangat peramah dan mulia. Insya-Allah jika
diberikan rezeki akanku balas jasa baik mereka itu. Abang kimi dan farah memang
layan aku macam adik dan kakak sendiri. Itulah yang membuatkan aku hilang rasa
segan bila bersama mereka. Abang kimi 2 tahun
lebih tua dari aku manakala farah pula baru di tingkatan 4. Oleh itu,
aku akan berikan segala buku rujukan dan ulangkajiku kepada farah memandangkan
dia sealiran denganku. Abang kimi kini
melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Memang cita-cita abang kimi tu
sejak dari kecil lagi suka sangat main doktor-doktor dengan aku dan budak-budak
lain lagi.
2
Cuma tinggal seminggu sahaja lagi untuk membuat persiapan
sebelum aku menjejakkan kaki ke Kolej Matrikulasi Perak. Nampaknya jaranglah
aku akan pulang ke kampong selepas ini. Antara Melaka dengan Perak dan Selangor
dengan Perak, lebih baik aku balik Selangor rumah kakak-kakakku. Bolehlah aku
rapat-rapat lagi dengan anak-anak buahku. Kali ini mungkin Acik salmah dan Pak
cik Man yang hantar aku ke kolej memandangan kakak aku tidak dapat ambil cuti
untuk menguruskan aku. Nasib baik ada mereka. Barang-barang keperluan aku tidak
perlu dirisaukan sebab semua perbelanjaan aku ditanggung dengan duit pencen
ayah aku. Duit sewa rumah pulak kakak-kakakku jadikan sebagai duit tabungan
kami adik-beradik. Walaubagaimanapun aku terkilan sebab emak dan ayah aku tidak
dapat merasakan sebuah kejayaan dari anak bongsunya ini. Semoga emak dan ayah
bersemadi dengan aman. Amin.
Aku tahu Bella dan Aiman ingin meneruskan pengajian di
institusi yang sama. Mereka mahu mengambil Diploma Perundangan di UiTM. Aku
suka tengok mereka bersama. Sangat padan dan secocok. Walaupun usia masih muda
mereka tetap dengan pendirian mereka untuk merancang sendiri masa depan mereka.
Ibu bapa mereka pun tidak menghalang dengan perhubungan. Cuma selalu diingatkan
agar batas pergaulan harus dijaga. Selama aku bersama mereka pun tidak ada
perkara pelik yang mereka lakukan melainkan berkawan dengan ikhlas. Hanya nasib
aku sahaja yang tidak setuah mereka. Berkawan dengan Farid lepas tu aku
dilupakan. Tahulah dia tu anak korporat. Tak payahlah mempermainkan perasaan
aku macam ni. Hamper dua tahun aku dan Farid berkawan. Belajar pun bersama.
Malah dia lagi bagus dari aku dalam pelajaran. Akhir sekali lupakan aku macam
itu saja. Lantak kau la Farid.
‘Paginya Anis siap. Nak kemana hari nih?’tanya Acik salmah.
‘Anis nak ke hospital hari ni Acik. Ada temujanji dengan
doktor nak buat pemeriksaan kesihatan. Pergi awal dapat balik awal nanti. Anis
pergi dulu ye acik. assalamualaikum,’jawab anis sambil meminta izin ke hospital.
‘waalaikumussalam. Baik-baik bawak kereta tu,’acik salmah
menjawab salam.
Aku sekarang ini lebih senang hendak kemana-mana dengan
kereta Viva biru peninggalan ayah aku. Lepas SPM aku terus ambil kelas memandu.
Bagi aku senang untuk lulus sebab aku dah boleh memandu sebelum masuk kelas
memandu lagi. Ini semua tunjuk ajar Farid Dan Abang Kimi. Farid lagi. Tak
habis-habis dengan kau Farid. Farid memang seorang lelaki yang baik sewaktu
kami berkenalan dua tahun yang lalu. Mula-mula aku agak takut untuk mendekati
Farid sebab Farid boleh dikatakan seorang lelaki idaman setiap wanita. Wajahnya
yang seakan pelakon airil zafrel dengan kulit cerah kuning langsat.
Kadang-kadang menjadi imam surau sekolah kami. Gadis mana yang tak terpikat
dengan wajah tampannya itu. Aku dikira bernasib baik sebab dapat mengenal isi
hati Farid. Walaupun 5 tahun di sekolah yang sama namun di tingkatan 4 aku baru
mengenalinya. Disaat diri aku putus harapan untuk meneruskan hidup sejak kemalangan yang
mengerikan antara aku dan emak ayah aku sewaktu pulang dari kuala lumpur. Hanya
aku saja yang terselamat akibat tercampak keluar dari kereta manakala emak dan
ayah aku terperangkap di dalam kereta yang terbakar. Bayangkan emak dan ayah
aku mati dalam keadaan renting. Aku yang terselamat ini terlantar di hospital.
Aku hanya mendapat semangat dari keluarga terdekat serta rakan-rakan sekelas.
Namun farid setiap petang singgah menjenguk aku di hospital sambil menceritakan
apa yang dipelajari di dalam kelas. Dia tahu aku masih di dalam trauma namun
dia tetap bagi semangat supaya aku teruskan pelajaran. Lama kelamaan aku mula
menyukai farid. Tidak lama kemudian farid berterus terang kepada aku tentang
perasaannya itu. Dia merasakan perasaan apabila berkawan dengan aku lain dari
berkawan dengan pelajar perempuan yang lain. Kami pun meneruskan persahabatan
kami dengan ikhlas. Tapi sekarang tiada khabar berita dari Farid lagi. Aku
harap dia masih lagi hidup.
Aku tersedar dari lamunan. Nombor giliran aku dah dipanggil
untuk masuk ke bilik doktor. Tepat 2.30 petang aku selesaikan pemeriksaan
kesihatan aku. Semua ini keperluan untuk masuk ke matrik atau ipt. Sebelum
balik aku singgah ke rumah Bella untuk menjemput keluarganya datang ke rumah
sebab acik salmah ingin membuat kenduri doa selamat dn tahlil sempena aku
menyambung pengajian dan juga untuk arwah emak ayah aku.
‘Assalamualaikum,’Anis memberi salam sambil megetuk daun
pintu Bella.
‘Waalaikumussalam. Eh, anis! Kenapa kau tak cakap yang kau
nak datang? Jemput lah masuk. Anis kau dah makan ke? Jom lah makan
sekali,’pelawa Bella.
‘ Eh, langkah kanan aku hari ni! Boleh la. Aku tak makan
lagi hari ni. Baru balik dari checkup,’balas Anis.
Selepas selesai makan aku memberitahu hajat utama aku untuk
mempelawa Bella sekeluarga ke rumah cik salmah.
‘Ingat tau malam jumaat ni datang rumah acik salmah aku.
Kau tu Bella datang la awal sikit. Pesan kat Aiman suruh dating sekali tau,’
pesan Anis sebelum meninggalkan rumah bella.
‘yalah aku ingat. Kau jangan la risau. Baik-baik bawak
kereta tu,’ pesan Bella pula sambil lambai-lambai tangan.
3
Aku bertanya pada diriku patutkah aku mengajak Farid datang
ke rumah malam ini. Biarlah aku mengajaknya melalui mesej saja. Datang ataupun
tidak itu tanggungjawab dia. Yang penting semua persiapan untuk malam ini sudah
hamper siap. Tapi sayangnya kakak-kakakku tidak dapat pulang sebab anak-anak
mereka masih bersekolah untuk hari esok. Hanya kiriman salam dan sayang
menerusi telifon saja yang dapat disampaikan. Kata Acik Salmah tidak mengapalah.
Asalkan dia ingat tanggungjawabnya sebagai kakak sudah. Aku betul-betul
perlukan Acik salmah sebagai pengganti emak untuk aku lepaskan rinduku padanya.
Setiap malam aku tidak akan lupa untuk memeluk erat tubuh Acik salmah
sebagaimana aku lakukan setiap malam kepada emak. Kini setiap malam itu jugalah
aku menitiskan air mata kerinduan. Paling aku sedih apabila tiada lagi kemaafan
di pagi hari raya dari emak dan ayah namun kubur menjadi destinasi dimana
tempat untuk aku adik-beradik berkumpul untuk mensedekahan ayat-ayat suci Al
Quran kepada emak dan ayah. Tipu kalau aku cakap aku cukup kuat untuk
menanggung kesedihan ini keseorangan. Farid tetap disisi aku untuk menceriakan
hati aku setiap menjelang raya melainkan Bella dan Aiman.
Malam ini aku cantik berbaju kurung dan bersanggul rapi
beralaskan sehelai selendang hitam. Ramai makcik-makcik di kampung yang kukenal
mengucapkan tahniah sambil menghulurkan sampul raya berisikan duit. Memang adat
orang melayu akan memberikan sedekah kepada anak-anak yang akan pergi menyabung
pelajaran mereka. Orang kata sedekah untuk orang yang nak menuntut ilmu ini
berkatnya berpanjangan. Orang lelaki sedang membaca tahlil diruang tamu
manakala pihak wanita pula sedang siapkan hidangan untuk tetamu. Aku dibantu
oleh Bella dan beberapa rakan sekelas aku mengangkat hidangan ke dulang.
Sudah sahaja selesai bertahlil orang lelaki akan mengangkat
dulang dari dapur. Nasib baik ada Aiman, Syahrul dan Abang kimi. Bolehlah
mereka ulang-alik mengangkat dulang itu. Kalau pakcik-pakcik yang buat kerja
itu agak kesianlah kat mereka nanti. Tetiba aku melihat kelibat Farid masuk ke
ruang dapur. Agak terkejut aku seketika.
‘Anis kau ajak farid ke malam ni,’tanya Bella.
‘Aku ada mesej dia petang tadi. Saja cuba nasib manalah
tahu dia nak reply mesej aku ke. Tapi dia tak balas pun. Aku pun tak tahu la
yang dia datang malam ni,’jelas Anis.
Aku sedih. Tanpa khabar berita tiba-tiba muncul dirumah
aku. Apa alasan dia sebenarnya.Aku teruskan kerja aku di dapur. Masih banyak
perkara yang aku perlu selesaikan kat dapur ini daripada fikirkan kau Farid.
Orang kampong dah ramai yang pulang. Jadi aku bolehlah
mengangkat pinggan mangkuk di ruang tamu.
‘Anis, Farid nak jumpa kau,’nyata Aiman.
‘Eh,dia takda mulut ke nak cakap sendiri! At least, mesej
ke,’balas Anis.
‘Farid cakap kau nampak sibuk je kat dapur. So, dia pesan
kat aku suruh bagitahu kau. Pergilah. Dia tunggu kat dalam kereta tu,’ gesa
Aiman.
‘Yalah. Tapi kau jangan balik lagi sebelum semua ini belum
selesai. Kau tolonglah acik salmah. Takpa abang kimi ada,’ nyata Anis.
Ya Allah memang banyak miscall dan mesej dari Farid. Dah
tahu kita sibuk nak jugak talipon. Ingat talipon berkepit 24 jam dengan aku ke.
Aku menghampiri kereta Lancer mitshubishi milik Farid. Untunglah keluarga kaya.
Muda-muda lagi dah pakai kereta besar-besar. Aku nih setakat viva emak ayah aku
punya je.
4
Aku mengetuk cermin kereta dia. Lalu farid menurunkan
cermin kereta dia.
‘Masuklah,’kata farid.
‘Masuk u cakap. Nak buat ape?’tanya Anis.
‘Masuk jela,’paksa farid dengan tenang.
‘Yalah-yalah,’Anis mematuhi kehendak farid.
Aku yang agak terkejut dengan reaksi farid masih
tertanya-tanya kenapa dia bersikap dingin sedemikian. Jarang sekali dia
menunjukkan dinginnya itu kepada aku. Melainkan dia betul-betul mempunyai
masalah. Aku cepat-cepat masuk ke dalam kereta dan duduk disebelah Farid. Lalu
farid menghidupkan enjin kereta.
‘Eh, u nak bawa I pergi mana pulak ni! U tahukan I kena
kemas-kemas kat rumah,’Anis cemas dengan kelakuan Farid.
Aku tanya nak pergi mana kau tak jawab. Dahlah dua tiga
bulan tak dengar khabar langsung. Tiba-tiba malam ni macam nak bawa aku lari
jer.
Farid, u nak bawak I pergi mana ni. I tanya u jawab la.
Dahlah 2 3 bulan I duk mesej u. u langsung tak balas. Tetiba malam ni muncul
kat rumah i. pastu macam nak bawa lari I pulak tu.
Aku tanya dia tetap tak jawab. Kau ingat aku cakap dengan
tunggul ker. Aku senyap je lepastu. Malas aku nak cakap. Yalah aku tanya
langsung dia tak balas. Entah nak bawak aku ke mana tak tahulah. Yang aku tahu
jalan tu nak ke rumah dia. Jangan bawak aku jumpa keluarga dia sudahlah. Aku
dah agak dah taman ni jugak dia nak berhenti. Dah la depan tu sikit rumah dia.
Kenapa u bawak I kat taman ni. Gelap tau. Nantikan apa
pulak orang ingak kita buat. Sejak kita kawan tak pernah u buat macam ni kat i.
u ni kenapa? Bila I tanya u tak balas. Okay, fine. Biar I cakap sorang-sorang.
I dah taknak ambil peduli pasal u lagi. Suka hati u la u nak buat apa lepas ni.
Nak cari perempuan lain pun cari la. I nak move on dengan studies i. kita dah
tak ada apa-apa lagi.
U cantik malam ni.
So.
I rindu kat u Tasha.
Hmmm. I pun rindu nak dengar orang panggil I tasha. Tapi
rindu I kat orang tuh dah lama berkubur tau. Dah tak da guna rindu kat orang
yang tak hargai kita ni. Semua masalah u I dah tak nak ambil tahu dah.
Tasha u dengarlah sini apa yang I nak cakap.
Takpa. Tak perlu explain lagi. Penjelasan u tu dah tak
penting dah. Sekarang u hantar I balik. Itu je yang I nak sekarang.
Tiba-tiba ada orang luar ketuk cermin pintu kereta farid.
Hati aku dah lain macam dah ketika itu. Aku berharap sangat perkara-perkara
buruk tidak berlaku. Aku buka pintu kereta. Aku lihat pakcik-pakcik yang seakan
pencegah maksiat di depan mata aku. Jantung aku berdegup kencang. Mulut aku
terkunci. Aku takut disalah anggap akan perbuatan kami berdua-duaan di tempat
gelap. Yang aku dengar hanyalah suara farid yang petah bercakap daripada
membisu seketika tadi. Memberi penjelasan yang mungkin dianggap tidak masuk
akal oleh mereka.
‘Encik kami tak buat apa-apa encik. Kami hanya borak-borak
jer,’jelas farid.
Awak berdua boleh ikut kami ke balai. Nanti boleh jelaskan
kat sana.
Ya Allah farid apa dah u buat ni. U tahu tak sekarang ini
kita dah kena apa. Kena tangkap tahu tak. Apa I nak jawab dengan family I
nanti.
Kita tak salah tasha. U jangan risau ehh. Its gonna be
alright .
Okay sekarang ni saya nak awak berdua talipon mak bapak
masing-masing.
Hahh kena call family ke. Macam mana ni farid. I taknak
family I tahu. Kesian Acik I nanti.
I call papa dengan mama I jap.
Aku takut. Aku takut kalau semua orang tahu. Aku malu
dengan Acik. Aku malu dengan kakak aku. Aku malu dengan kawan-kawan aku. Dah la
malam ini tahlil emak dan ayah aku. Aku tak patut berdua-duaan dengan farid.
Tapi aku terpaksa beritahu Bella dengan Acik sebab aku dah tak boleh nak
berfikir sendiri. Akhirnya aku menalifon Bella. Tidak lama kemudian keluarga
Farid sampai. Memang balai itu tidak jauh dari kediaman mereka.
‘Farid apa dah berlaku ni?’tanya papa farid. Mama farid
juga ada di sebelah papanya.
Farid kena tangkap papa. Tapi farid tak buat pape. Farid
berani sumpah pa. Cuma silap farid berada ditempat yang gelap bersama tasha.
Tapi farid tak buat perkara yang tak senonoh pa. percayalah. Kan tasha?
Ya uncle, aunty. Tasha dengan farid tak da buat papa pun.
Kitorang just borak-borak je. Percayalah uncle, aunty.
Papa bukan taknak percaya. Tapi kamu tahu kan berada
ditempat yang gelap hanya berdua tak dapat membuktikan yang kamu tak bersalah.
Macam-macam perkara boleh berlaku. Hanya syaitan dan Allah saja saksi kamu
ketika itu. Papa cukup kesal dengan kamu farid. Masih kurangkah ilmu agama yang
diberikan kepada kamu farid sehingga tak dapat membezakan yang mana salah dan
betul. Tasha kamu talipon keluarga kamu sekarang juga.
5
Acik , pak man, anis buat apa-apa dengan farid. Percayalah.
Maafkan anis acik. Anis tak patut keluar malam ni tanpa beritahu acik.
Acik , pak man, farid minta maaf sebab membawa tasha keluar
tanpa meminta kebenaran acik.
Kenapa anis buat acik dengan pak man macam ni. Tak cukupkah
kebebasan yang acik beri selama ini. Acik bagi kamu tentukan masa depan kamu
sebab acik percaya kamu bijak uruskannya. Acik ta percaya anis buat acik macam
ni. Acik malu dengan kelakuan anis. Acik malu dengan emak ayah anis. Acik malu
dengan kakak-kakak anis. Nanti mereka ingat Acik da rosakkan anak bongsu
mereka.
Aku hanya mampu menangis. Aku telah menjatuhkan air muka
saudaraku sendiri. Aku kesal dengan tidakan aku sendiri. Aku kesal dengan farid
kerana dia patut sedar yang berdua-duaan ditempat yang gelap boleh menimbulkan
fitnah.
‘Macam nilah kak salmah. Saya rasa kita patut nikahkan
mereka ni berdua. Dah tahap wajib nikah da kalu dalam islam ni. Kalau dibiarkan
nanti macam-macam boleh jadi,’ kata mama farid.
Malam itu aku terkejut sekali dengan penyataan mama farid.
Mama farid menyuruh farid menikahi aku. Aku nampak reaksi farid yang tengah
kebingungan. Apakah aku salah dengar ayat itu.
‘Apa aunty? Kawin? Tapi kami tak buat apa-apa aunty,’jelas
Anis.
Tak apa anis. Aunty terima anis seadanya. Aunty tak nak
maruah kedua-dua pihak tercemar. Betulkan abang? Lagipun mama tak nak dengar
lagi orang kampong cerita yang bukan-bukan pasal kamu berdua. Tak elok kehulu
kehilir bawak anak dara orang.
Kalau Zah dah cakap macam tu abang terima sajalah.
Macammana dengan pihak pakman? Setuju tak kalau kita satukan mereka berdua ini?
Saya hanya ikut jalan yang terbaik sahaja. Baik dari encik
baik la dari kami sekeluarga. Lagipun kami hanya penjaga Anis Natasha ni. Tak boleh
nak tergesa-gesa sangat. Anis nih masih ada adik-beradik lagi. Perkara macam ni
kena bincang dulu disebabkan saya wali terdekatnya.
‘Kami serahkan kepada pakman sebagai walinya. Kami boleh
sediakan semua persiapan. Mungkin esok lusa kita langsungkan. Baiklah pihak
jabatan encik kami akan selesaikan masalah budak berdua ni sendiri. Kami taknak
keruhkan keadaan lagi sebab tu kami nak selesaikannya sendiri. Terima kasih
ya,’ kata papa farid kepada pakman serta pihak jabatan agama islam.
Kejap-kejap, apa semua nih? Kenapa semua nak satukan kami.
Kami tak ada apa-apa. Kami Cuma berkawan je. Farid kenapa u senyap je. U
patutnya bangkang cadangan mama dan papa u nak satukan kita. Semua nih mengarut
je la.
Anis tak baik cakap macam tu. Minta maaf kat aunty dengan
uncle tu. Mereka fikirkan ni sajalah jalan terbaik untuk anis dan farid.
Maaf aunty, uncle. Tapi…
Anis tak payah minta maaf aunty faham perasaan anis. Anis
jangan risau aunty dengan uncle akan layan anis macam anak kami sendiri.
Sekarang kita perlu jaga nama baik keluarga anis dan keluarga aunty juga.
Tasha u jangan risau ya. Kita ikut je apa orang tua kita
suruh. Mungkin jodoh kita dah sampai.
Jodoh kepala hotak kau. Sampai hati kau farid buat aku
macam ni. Aku takkan maafkan kau. Sampai hujung nyawa aku sekalipun. Kau
sengaja nak perangkap aku kan farid. Kenapalah aku patut kenal kau. Nampak je
baik nampak je alim tapi hati …
Acik anis minta maaf acik. Anis tak buat perkara yang haram
pun.
Habis duduk ditempat yang gelap berdua-duaan tu halallah.
Macamni lah anis kita tanya pendapat kakak-kakak anis dulu. Lepas tu baru kita
buat keputusan.
Acik tahu tak kalau anis dijodohkan sekarang dengan farid
anis tak dapat masuk matrik acik. Tak kan anis kena batalkan niat anis nak
masuk matrik. Itulah satu-satunya peluang anis.
Kalau aku tolak matrik habis cita-cita aku nak jadi
jurutera. Aku terpaksa terima UiTM dengan kos perakaunan. Bukan aku tak minat
cuma sekarang ini minat aku lebih kepada bidang kejuruteraan. Semalam acik
salmah dah telefon kakak aku. Acik menceritakan segalanya apa yang berlaku
semalam. Kakak kesal dengan sikap aku. Yang paling aku sakit hati kakak setuju
kalau aku disatukan cepat-cepat. Aku dah tak tahu apa yang patut aku lakukan
lagi. Acik minta no telefon keluarga farid. Aku bagi no farid kepada acik. Aku
taknak cakap apa-apa dengan farid. Buat sakit hati je. Beribu panggilan yang
dia aku tak jawab. Masa aku cari dia dulu dia tak jawab. Sekarang rasalah
perasaan aku macammana. Aku kena jumpa dengan Bella hari ini. Aku dah tak tahan
lagi nak pendam sorang diri.
Bella hari ini kau sibuk ke? Aku nak datang rumah kau ni.
Datangla.
Bella masih belum tahu cerita yang sebenarnya. Semalam aku
ingat dia datang bersama acik aku tapi acik aku suruh bella balik sebab malam
dah lewat sangat. Jadi hari ini aku ke rumah Bella untuk meluahkan isi hati aku
yang terpendam ni.
Assalamualaikum bella.
Walaikumussalam. Masuk la. Mak ayah aku tak da. Diorang da
pegi kerja.
Bella tolong aku bella. Semalam aku dengan farid kena
tanggap.
Ya Allah. Kau biar betul anis. Betul-betul kena tangkap ke
ni ? dengan pihak jabatan agama islam ?
Ya lah. Aku dengan farid. Farid berhentikan kereta kat
taman yang dekat dengan rumah dia tu tapi tempat tu betul-betul gelap. Aku
marah la kat farid kenapa nak berhenti kat sini. Nantikan apa-apa yang jadi
susah nanti. Kitorang tak buat apa-apa pun. Dalam kereta tu aku sorang-sorang
je yang cakap. Pastu si farid tu membisu je. Aku tak tahu apa masalah dia tu.
Tetiba ada orang ketuk cermin kereta farid. Aku dah tak boleh nak cakap apa dah.
Time tu la farid banyak cakap.
Ya Allah anis. Teruknya kau kena. Aku percaya kau anis. Kau
takkan buat perkara yang bukan-bukan dengan farid kan.
Bella memang tak lah aku
nak buat benda-benda yang tak elok dengan farid. Memang farid pun tak
sedikit pun sentuh aku semalam. Cuma silap farid yang berhentikan kereta kat
situ.
Habistu macammana sekarangni?
Semalam family farid datang balai dan kau tahukan acik
dengan pakman aku datang balai jugak. Bincang punya bincang akhir sekali mama
farid nak aku jadi menantu dia. Semua orang duk pakat setuju. Termasuklah kakak
aku. Sekarang ni aku dah pening kepala macammana aku nak hadapi semua ni dengan
nak masuk matrik dua hari lagi.
Kawin anis? Dengan farid? Mama farid suruh kau kawin? Biar
betul anis. Bertuahnya kau. Kau patut terima anis. Bagi aku ini perkara kecil
je. Keluarga farid dengan senang hati dah terima kau. Farid tu anak tunggal.
Keluarganya pulak alim la jugak. Memang patutla kena kawin kalau dah kena
tangkap muat macamni.
Apa yang kau merepek ni bella. Aku takkan kawin dengan dia
la. Bukan sekarang dan mungkin bukan dengan farid.
Eleh bukannya aku tak tahu yang kau tu sayang sangat-sangat
kat farid.
Itu dulu la bella. Sekarang ni aku dah malas nak layan si
farid tu. Banyak benda yang aku tak tahu pasal dia ni.
Hahh itu la sebab kau kena setuju kawin dengan dia.
Kau berhenti cakap yang bukan-bukan boleh tak.
Dah kenyataan yang lambat laun kalau semua orang dah setuju
kau kena kawin dengan dia jugak kan. Aku rasa farid tu ok la. Adalah sebabnya
tu dia menyepikan diri berbulan-bulan.
Kau macam tahu something je Bella. Aiman ada cerita apa-apa
ke kat kau. Ke farid cerita kat aiman?
Aiman adalah cerita kat aku sebelum ni. Tapi dia taknak aku
bagitahu kau. Aiman nak biar farid sendiri yang cerita kat kau. Aiman taknak
aku masuk campur hal korang ni. Alah farid dengan aiman kan bestfriend. Diorang
tahu lebih lah dari kita nih. Tadi pun aiman call aku dia cerita yang kau tak
angkat panggilan dia. Dia risau gila kot. Aku pun tak paham sangat tadi sebab
baru sekarang kau datang cerita kat aku , aku paham la kenapa dia macam tu.
Kalau nak cakap sendiri cakap je la semalam. Ini duk
terhegeh-hegeh sampai dah tertangkap dulu. Menyakitkan hati betullah dia ni.
Takpa lah bella. Aku balik dulu. Nanti
apa-apa hal aku bagitahu kau.
Okay la. Nak kawin jangan lupa jemput aku tau.
Kawin la sangatkan.
Aku tak tahu kemana harus aku tuju. Nak jumpa farid memang
rasa malu tak tahu mana nak sorok muka ni. Balik rumah je la. Hari pun dah
petang.
6
Aku pelik kenapa kereta- kereta mewah ada depan rumah acik
aku ni. Mungkin saudara yang aku tak kenal atau kawan-kawan abang kimi. Aku
melangkah masuk ke dalam rumah. Aku terkejut melihat mama dan papa farid serta
orang-orang yang tak pernah aku kenali. Macam rombongan nak masuk meminang.
Masuk meminang?
Assalamualaikum.
Waalaikummussalam. Anis, anis masuk bilik dulu ya.
Kenapa pula aku kena masuk bilik. Mungkin aku tak patut
balik tadi. Tiba-tiba pintu bilik ditolak. Aku lihat mama farid dengan acik
masuk ke dalam dengan sebuah kotak cincin. Sah diorang nak masuk meminang aku.
Anis mama nak cakap sikit ni.
Mama? Aunty membahasakan dirinya mama.
Ada apa aunty?
Tak payahlah aunty. Panggil mama ya. Nanti kena panggil
mama jugak. Sebenarnya tujuan mama sekeluarga datang sini hari ini nak masuk
meminang anis. Mama harap sangat anis jadi menantu mama. Mama bukannya tak
kenal anis. Mama kenal sangat. Farid selalu cerita pasal anis sebelum ni. Anis
pun selalu datang beraya rumah mama kan. Jadi mama terima anis jadi menantu
mama. Mama juga harap anis lupakan apa yang berlaku semalam. Anggaplah kes
semalam tak pernah berlaku. Sebab mama taknak saudara mama yang lain tu tahu.
Ya nak.
Tapi mama. Anis ada cita-cita. Anis nak masuk kolej. Kalau
anis kawin pihak kolej takkan terima pelajar yang status berkahwin. Lagipun
kitorang masih belajar lagi mama. Kitorang tak bekerja. Macammana nak kawin.
Mama tahu pasal kolej tu. Farid ada cerita kat mama. Mama
harap anis masuk sajalah ipt yang anis dapat tu. Ataupun kalau anis nak jugak
kejar cita-cita anis, mama boleh hantar anis ke oversea.
Ehh takpa mama. Tak payah macam tu sekali. Entahlah anis
pun tak tahu nak buat macam mana lagi.
Farid tak bagitahu ke yang farid akan take over syarikat
papa dia. Sebab tulah mama tak risau sangat sebab farid boleh sara anis lepas
dia tamat khususnya di Indonesia nanti.
Banyak benda yang aku tak tahu tentang farid. Dia tak
pernah pulak cakap pasal take over syarikat ayah dia. Yang pasal Indonesia ni
pun aku tak tahu. Bila masa pula dia pegi Indonesia. Mama dia cakap dia boleh
sara aku. Maknanya dia akan bekerjalah. Anak orang kaya ni macam-macam boleh
buat lah. Baru 18 tahun dah nak take over syarikat bapak. Akhir sekali aku
terpaksa akur dengan permintaan mama farid. Sebentuk cincin belah rotan dah pun
tersarung di jari manis aku. 2 hari dari sekarang akan berlangsung majlis
pernikahan aku dan farid. Semua persiapan diuruskan oleh mama farid. Maknanya
aku kawin free-free je dengan farid. Tapi silap la, kau ingat aku nak bagi
free-free je diri aku ni kat kau farid. Tengok kaki la.
7
Hari ini mama farid akan menjemput aku ke butik baju
pengantin. Dia nak aku pilih sendiri baju pengantin aku. Katanya majlis yang
berlangsung adalah majlis akad nikah dan majlis persandingan di rumah aku. Yang
majlis menyambut menantu itu nanti akan dibincanagkan kemudian. Mama farid
taknak majlis ini terlalu ala kadar. Dia nak semuanya dilaksanakan walaupun
waktunya singkat. Biarlah dihadiri saudara-mara terdekat asalkan semuanya
sempurna dimata mama. Aku hairan kenapa farid tak ikut sekali sedangkan dia
tulah pengantin lelaki aku.
‘mama, farid tak ikut sekali ke?’tanya Anis.
Anis tak tahu ke. Semalam farid dah terbang ke Indonesia
semula.
Semula? Maksud mama?
La Anis tak tahu ke selama ni dia sedang khusus di
Indonesia. Lepas farid habis exam papa dia terus hantar farid ke sana. Farid
balik ni pun sebab aiman bagitahu yang anis nak buat kenduri doa selamat. Mama
call farid pastu dia pulak beria-ria nak balik. Selama ini dia nak balik kena
sekat kat papa dia. Yang ni pulak papa dia bagi kebenaran. Sayang bakal menantu
katanya.
Habis tu akad nikah macam mana?
Dia ada exam hari ni. Lepas exam dia balik la semula ke
Malaysia.
Macammanala aku nak tahu semua tu. Panggilan dia pun aku
tak angkat inikan pula mesej dia lagi aku tak buka. Keluarga farid terlalu
baik. Tak sepatutnya aku menjadi sebahagian daripada mereka. Ada perempuan yang
lebih baik lagi daripada aku. Baju
pengantin ini tak patut aku sarung sebab ianya terlalu cantik perempuan biasa
macam aku ni.
Tengok anis. Wah , cantiknya bakal menantu mama ni. Kulit
putih pakaian cantik pun kalah ni. Adik nanti carikan tudung krim yang
seakan-akan sama dengan warna baju ni ya.
Cantik ke mama? Terima kasih. Anis macam tak percaya yang
anis akan berkahwin dalam usia muda macam ni.
Takpa lah anis. Jodoh anis dah sampai. Anis kena terima.
Anis nak ucapkan terima kasih sangat kat mama sebab mama
sudi terima anis seadanya dalam keadaan apa jua sekalipun. Anis harap mama
dapat anggap anis macam anak mama sendiri dan anis akan anggap mama macam ibu
anis sendiri.
Aku tak dapat menahan sebak dihati dengan keikhlasan mama
farid terhadap aku. Aku peluk cium erat mama farid seolah-olah aku memohon
restu dari ibu aku sendiri. Mak maafkan anis jika anis dah menyakitkan hati
mak. Mama farid hantar aku pulang. Katanya dia tak sabar nak jumpa malam esok.
Acik salmah sedang menyiapkan hantaran walaupun sumbangan
itu diberikan oleh mama farid, acik nak tambah-tambah lagi apa-apa yang patut
ada. Aku kesiankan acik salmah sebab dia kena hadapi semua ini. kata acik dia
dah boleh terima keadaan disebabkan keluarga farid yang terlalu baik itu.
Bahkan hidangan untuk tetamu juga mama farid tempahkan katering. Aku dah cerita
semuanya kat bella. Dia dah jangka yang aku akan berkahwin dengan farid. Bella
dan aiman akan bantu aku dalam majlis perkahwinan kami ini. Dan langkah aku
seterusnya adalah menguruskan hal mengenai pengajian aku. Aku harus memberi
maklum balas kepada pihak kolej menyatakan aku tarik diri dari melanjutkan
pelajaran ke matrikulasi. Aku harus melaporkan diri awal bulan 7 di Uitm sri iskandar
dalam jurusan perakaunan. Sayang sekali aku tidak satu kampus dengan Bella dan
Aiman kerana jurusan yang berbeza.
8
Tanggal 28 April hari yang sepatutnya acik salmah dan pak
man menghantar aku melaporkan diri ke matrik bertukar yang mana hari itu aku
akan diijabkabulkan dengan farid. Seorang wanita sepatutnya begitu gembira
disaat mereka akan disatukan dengan pasangan mereka tetapi aku tidak merasakan
perasaan demikian. Usia yang muda sepatutnya dipenuhi dengan detik-detik indah
bersama kawan-kawan bukan dengan suami. Aku memang tak suka perkahwinan di usia
muda. Namun bila kita tidak cuba untuk mengelak benda itu datang pada kita.
Sepasang persalinan pengantin yang disulami manik-manik yang indah aku
sarungkan. Aku dibantu oleh bella untuk mendandan diriku ini. Dibena fikiran
aku ini aku masih tak percaya yang aku akan diijabkabulkan selepas isyak nanti.
Hanya salah seorang sahaja kakak aku yang dapat pulang pada saat-saat akhir
ini. Yang pasti mereka tak pernah ingin menyisihkan aku. Sejak pagi tadi mereka
tak putus-putus menelefon aku untuk memberikan semangat. Mereka juga akur
dengan takdir yang berlaku terhadap aku.
Wah cantiknya adik akak ni. Bella memang pandai dandan
orang. Naik seri wajah adik akak ni.
Ya ke akak. Tapi anis tak rasa apa pun. Anis rasa semua ini
hanya topeng, plastik semata-mata.
Kenapa pula cakap macam tu.
Sebab anis tak salah akak. Anis tak patut kawin. Anis muda
lagi. Anis nak kejar impian anis. Anis rasa macam sia-sia je usaha anis untuk
dapat 8 A hari tu.
Anis, tak baik cakap macam tu. Mungkin anis tak bersalah
tapi anis tak boleh nak menyalahkan takdir yang jodoh anis dah sampai.
Semua orang cakap macam tu. Jodoh dah sampai. Tapi semua
orang tak tahu perasaan anis bila benda yang tak sepatutnya terjadi itu
berlaku. Anis yang tanggung semua ni.
Dahlah anis. Aku nak kau percaya yang semua ini kehendak
Allah. Bukan dari siapa-siapa. Aku dah dandan kau cantik-cantik ni jangan pulak
kau rosakkan pulak.
Ya bella. Thanks sangat-sangat sebab kau selalu ada disisi
aku untuk support aku. Kau lah teman aku sepanjang hayat.
Tapi aku dah tak boleh temankan kau tidur. Sebab farid yang
akan temankan kau tidur lepas ni. Mudah-mudahan aku dapat la timang anak kau
nanti. Jangan lama-lama ya.
Bella kau tak patut buat aku macam ni. Apa cakap pasal
anak-anak ni. Aku takkan tidur dengan dia la.
Suka hati engkau la anis.
Boleh pulak bella sebut-sebut pasal anak. Kau ingat
senang-senang aku akan jatuh kat tangan farid. Memang tak la. Acik menyuruh aku
bersiap sedia untuk keluar dari bilik. Katanya rombongan pengantin lelaki telah
sampai. Aku melihat ramai sanak-saudara yang datang. Mesti diorang pelik kenapa
aku kawin dengan tiba-tiba. Malas aku nak fikir pasal diorang. Aku duduk di
hujung ruang tamu atas alas pelapik pengantin yang dikelilingi sanak saudara.
Yang pasti kakak dan bella harus sentiasa disisi aku. Acik sibuk melayang
tetamu manakala anak perempuannya, farah sibuk dibahagian dapur. Aku terharu
dengan kebaikan mereka. Sebahagian daripada rombongan lelaki telah naik ke
dalam rumah. Aku melihat kelibat orang tua farid yang menghantar senyuman ke
arah aku. Aku membalas balik senyuman manis ke arah mereka. Tetiba senyuman
manisku terhenti apabila farid muncul di dalam rumah itu. Walau dia segak
sekalipun dengan baju melayu teluk belanga tu sedikit pun aku tak hairan. Mama
farid datang dekat ke arah aku dan menghulurkan salam. Aku menyambut tangannya
dengan mesra. Acik pun ada di sekeliling aku bagi memulakan majlis.
Anis segak betul bakal laki engkau.
Bella sudah-sudah la kau mengusik aku.
Aku cakap betul la. Bukan tipu.
Mana aiman kau?
Entah la dia tu. Katanya ada kerja kat rumah. Kalau sempat
dia datang la.
Alamak pak imam dah sampai. Habislah aku.
Engkau ni anis tak habis-habis nak takut. Bukan imam tu
yang jadi laki kau. Laki kau tu imam muda punya. Senyumlah sikit. Dari tadi
farid tu pusing belakang nak tengok bakal isteri dia.
Baiklah kalau semuanya sudah ada mari kita mulakan majlis
akad nikahnya.
Mereka mula berjabat
tangan.
Aku nikahkan dikau mohd farid bin mohd ghazali dengan anis
Natasha binti abd Rahim dengan mas kahwin sebanyak rm500 ringgit tunai.
Aku terima nikahnya anis Natasha binti abd Rahim dengan mas
kahwin sebanyak rm500 ringgit tunai.
Sahkan saksi?
Sah-sah.
Amin.
Pak imam mula membacakan doa. Kini aku sah bergelar isteri farid
yang berwalikan pak man dan bersaksikan orang lelaki disekeliling pak imam.
Kini acara pembatalan air sembahyang berlangsung. Farid datang dekat ke arah
aku. Acik menghulurkan sebentuk cincin lelaki kepada aku untuk disarungkan
kejari farid.
Farid meminta aku
menhulurkan jari aku. Farid menyarungkan sebentuk cincin bertatahkan berlian ke
jari manis aku. Cincin ini macam pernah aku lihat. Ya aku pernah melihatnya
ketika aku dan farid berjalan-jalan di pusat beli-belah dan aku berhenti
dihadapan sebuah kedai emas dan melihat cincin-cincin yang dipamerkan di dalam
kotak cermin. Dan aku berhajatkan cincin itu berada dijariku suatu hari nanti.
Aku terhenti dari lamunan. Tiba masanya untuk aku menyarungkan cincin ke jari
manis farid. Pertama kali aku menyentuh tangannya dan kemudian aku salam cium
tangannya.
Dia meminta untuk mengucup dahiku. Lalu aku tunduk
kepadanya. Seolah-olah pada saat itu tugas aku sebagai isteri sudah berjalan.
Aku tak dapat menolak apabila berada dikhalayak umum. Masa itu la pulak sesi
fotografi paling lama dijalankan. Aku ni penat tunduk dia tu sedap-sedap dapat
kucup dahi aku.
Aku dan farid mula bersalam-salaman dengan kedua-dua orang
tua kami termasuk kakak, acik dan pakman selaku penjaga aku selama ini. Kini
selesailah tugas acik dan pakman selepas melepaskan tanggungjawab mereka kepada
farid. Farid menerima tanggungjawab itu sebagai suami aku.
Selepas selesai majlis akad nikah, para tetamu dijemput
untuk menjamu selera.
Sayang, mama ajak kita makan sekali dengan diorang tu. Jom
lah.
Apa u ni sayang-sayang? Tak payah nak sayang sangat lah.
Gelilah.
Tak baik buat muka macam tu kat suami. Jomlah. Kalau u tak
nak makan u teman I makan. I tak makan lagi hari ni. I baru sampai dari indon
petang tadi. U, jomlah.
Yalah-yalah. Aishh makan pun nak suruh teman ke. Makan
sendiri la.
Selepas selesai makan para tetamu masing-masing mula
menyusul pulang. Disebabkan majlis persandingan akan diadakan pada keesokan
harinya jadi semua perlu berehat awal. Aku mengucapkan terima kasih kepada
bella kerana sudi menemani dan mendandani aku pada hari ini. Esok aku tetap
perlukan perkhidmatan bella jadi biarlah dia menggunakan masa untu dirinya
pula.
Yang u ni taknak balik lagi ke?
Buat apa I nak balik. Isteri I ada kat sini kan.
Mana boleh. U tak boleh tidur sini la. Bilik ni tak sesuai
dengan u. tengoklah sendiri katil single kot.
Takpa lah u boleh tidur bawah.
What, I pulak yang kena tidur bawah?
Habis tu. Mama dah bawakan baju I, so maknanya dia suruh I
tidur sini la.
Mana boleh macam tu. U ingat tau yang kita ni is nothing.
No relation between us. Since u leave me.
Siapa cakap kita taka da apa-apa dan bila masa pulak I
tinggalkan u. u ni dah penat sangat ni. Takpa la u rehat dulu. U tidur atas I
tidur bawah je. Malam ni kita rehat dulu.
Apa maksud kau yang kita rehat dulu malam ni. Macamla
malam-malam lain tak boleh rehat. Kau tetap jugak nak tidur satu bilik dengan
aku kan. Memang gatallah kau ni farid.
Nah selimut. Setakat I boleh berperikemanusiaan lagi dengan
u tau. Tapi kalau u buat yang bukan-bukan nahas u I kerjakan nanti.
Thanks sayang.
Tak payah la nak sayang-sayang.
Alah sayang tu pun nak marah. Makin marah makin comel pulak
isteri abang.
Ehh u ingat sikit kita ni sebaya tau. Tak payah nak
abang-abang sangat. Dah tidur lagi bagus.
Yalah. I tutupkan lampu ya.
Tak payah tutup. Orang tu bukan boleh percaya sangat.
Marah lagi.
Tasha. Tasha. Tasha u dah tidur ke. Tasha. Tasha.
Apa lagi encik farid?
I nak tanya u. u ingat tak cincin yang kita tengok dekat
mall dulu tu. Sama tak dengan cincin yang u pakai sekarang tu?
Entah I tak ingat.
U tipukan. I tengok reaksi u masa I pakaikan cincin tu kat
jari u , u macam ingat something. Cantikkan cincin tu.
Mana ada I ingat apa-apa. Ya memang tak dinafikan cincin ni
cantik. Masa tu I fikir yang kalau I jual balik cincin ni dua tiga cincin lagi
I boleh beli ni. Bukan setakat cincin, gelang rantai semua I boleh beli.
Ya ke? Macamlah boleh percaya sangat u ni.
Nah ambik balik cincin u nih.
Eh, tasha janganlah macam I gurau je lah. Pakailah balik
cincin tu sayang. Please.
Dah. Malas I nak layan u. tidur la bagus.
Malam itu aku letak cincin yang farid sarung dijari aku di
atas meja. Aku berpura-pura tidur sebab nak layan dia bercakap.
9
Azan subuh berkumandang. Aku terjaga dari tidurku. Aku
ingin bangun untuk menunaikan solat seperti biasa. Tetapi tak seperti biasa
juga sebab sekarang aku dah bergelar isteri. Aku terlihat cincin yang
kutanggalkan semalam. Aku sarungkan balik kejari manisku. Aku bangun kemudian
aku lihat selimut yang kuberikan semalam terlipat rapi. Mata aku mencari-cari
dimana kelibat farid. Aku menunaikan solat terlebih dahulu. Aku keluar dari
bilik. Aku lihat acik dah ada didapur ingin menyiapkan juadah sarapan. Aku
bertanya kepada acik jika ada ternampak kelibat farid.
Acik ada nampak farid tak? Ke farid dah balik?
Taklah. Farid, pakman dengan abang kimi kau ke masjid.
Pakman yang ajak semalam. Itu yang farid siap awal tu.
Owhh ya ke. ingatkan dah balik. Kalau dah balik lagi bagus.
Anis seganlah ada orang lelaki tidur dalam bilik anis. Dah tu tak selesa pulak
tu tidur dengan tudung. Anis suruh dia balik rumah tapi dia taknak. Anis suruh
dia tidur je kat bawah.
Apa anis ni. Dengan sendiri pun nak segan. Dah tak ada
aurat dah dengan suami isteri. Dah tu kenapa suruh dia tidur atas lantai. Tak
baik anis layan suami macam tu. Nanti dapat dosa tak pasal-pasal.
Alah biarlah. Nasib baik katil single. Kalau katil saiz
queen anis rela tidur bawah je.
Apa-apa sajalah engkau anis. Mari tolong acik tumis ikan
bilis nih. Farid tadi cakap teringin nak makan nasi lemak katanya.
Alah kalau dia nak makan cari je la sendiri. Sibuk suruh
orang buatkan.
Dah. Tak payah nak banyak cakap. Basuh ikan bilis tu dulu.
Yalah-yalah.
Aku menyiapkan hidangan sarapan pagi sementara acik sedang
mempersiapkan diri. Aku menghidangkan makanan diatas meja. Bunyi kereta dari
luar menandakan mereka telah pulang dari masjid. Jam menunjukkan 8.30 pagi.
Jika pakman balik dari masjid waktu begini tandanya dimasjid tadi ada tazkirah
pagi. Acik biasa juga kejutkan aku kemasjid untuk mendengarkan tazkirah. Aku
cepat-cepat masuk ke bilik untuk menyarung tudung dikepala. Walaupun aku dah
biasa tidak bertudung dihadapan abang kimi namun aku masih kekok apabila
dihadapan farid.
Assalamualaikum.
Waalaikummussalam. U ni buat I terkejut je. Nak masuk ketuk
la pintu dulu.
Ya. Maafkan I ehh. Macammana semalam tidur nyenyak ke? Ada
orang tu tidur mati semalam. Kita selimutkan dia pun dia tak rasa pape. Dah la
tidur buas.
Ehh, apa u cakap ni hahh. Jangan nak mengarut boleh tak.
Suka hati la I nak tidur macammana pun. Ada I kisah.
Marah je dari semalam u ni.
Marah I pada u bukan dari semalam je tau tak. Dah lama I
rasa nak marah kat u. u sedap hati je diamkan diri. Mana I tak marah.
U dah la tu. Yang lepas biarlah lepas. I tak sengaja buat
semua ni. I tertinggal phone masa I nak ke airport untuk ke Indonesia and
before tu I tak sempat nak bagitahu u hal sebenar.
Dah tu call la I dari sana. Mesej ke. Bukan susah pun.
Macammana I nak call u sedangkan I tak ingat no u.
What, u tak ingat no girlfriend u sendiri. Apa u ni.
Yalah. Mana I nak ingat dah kalau u baru tukar no baru. I
tak sempat nak hafal no u. sorry tasha. I tak pernah berniat nak melukakan hati
u. nak berpisah dengan u jauh sekali tak. I sayangkan u percayalah.
Sampai hati u buat I macam ni. I lupakan cita-cita i. I
setuju kawin dengan u pun sebab mama u. I bukan tak sayang u. tapi I cuba
lupakan u sebab I rasa diri I dipermainkan. I nak mulakan hidup baru. Tetiba u
muncul malam tu. Dan malam tu jugak terjadinya macam-macam hal. I tak tahu nak
buat apa.
Sorry tasha. I tak tahu semua tu akan terjadi. Malam tu pun
I bawa u keluar sebab I betul-betul rindukan u.
Sudahlah. Benda dah nak jadi. So macammana dengan result u
hari tu. U dapat masuk tak asasi uia tu?
Thanks tasha sebab u dapat terima semua ni. Result I not
bad. Bagus macammana pun dapat masuk asasi ke tak I tetap kena amik alih
company papa I jugak.
Untunglah muda-muda lagi dah handle syarikat sendiri. Ehh I
dapat terima semua ni tak bermaksud I dapat terima u tau. Kita mana boleh
teruskan life kita macam suami isteri. Kita 18 years old baru. No way. I nak
studylah.
So u takkan berpisah dengan I lah. Yes, yes. Akhirnya doa I
Allah makbulkan jugak. I risau gila kalau u minta cerai lepas kita kawin.
Tak payah la cakap pasal cerai I pun cerdik juga la. Takkan
la I nak lepaskan lelaki yang akan mewarisi harta bapak dia.
Hahh?
U cuak ehh. Haha. Ehh I bukannya mata duitan la. Lantak u
la u nak buat apa dengan duit papa u tu. I taknak masuk campur dalam urusan
business papa u tu. Dah pergi lah makan tu. Penat je I masak pagi-pagi.
hahh u masak ehh. Dah lama I tak rasa masakan u. jomlah
makan sekali.
Taknak lah. U kalau nak makan sendiri. Tak payah la nak
menyusahkan I ni. And then jangan lupa pulak balik rumah u tu. Petang ni ada
majlis lagi tau.
Okay.
10
Malam itu majlis persandingan kami berjalan dengan lancar.
Aku yang memakai busana pengantin dengan rona warna merah jambu pastel sesuai
dengan kulit cerah aku. Farid juga tampak lebih kemas dan tampan dengan suit
pengantin itu. Ramai juga sanak saudara yang datang memeriahkan majlis
persandingan kami walaupun semua persiapan dilakukan dalam sekelip mata. Malah
ramai juga yang tak sangka jodoh aku diusia muda. Ramai yang tertanya-tanya
mengapa rancangan perkahwinan kami dirahsiakan. Tup-tup dapat undangan kawin.
Aku dengan keluarga acik salmah pekakkan telinga saja. Katanya kalau dah jodoh
takkan kemana. Dan aku telah buat keputusan bahawa aku terima takdir yang telah
ditetapkan oleh Allah SWT dan aku akan terima farid seadanya sebagai suami aku.
Cantiknya kau anis. Sama padan dengan farid. Untunglah
korang dapat kawin. Kalau aku ajak si bella ni kawin mahu ke tidak si bella ni.
Aiman, first time aku dengar kau cakap aku cantik. Thanks
aiman. Kaulah laki yang pernah puji aku selama ini.
Ehh elok sikit I pun
hari-hari puji u cantik tau.
Ahhh tak dengar tak dengar.
Ehh apa yang gaduh-gaduh ni si pengatin hoi.
Ni ha aiman ajak kau kawin. Nak tak?
Choi. Siapa cakap macam tu? Aiman? Siapa nak kawin dengan
awak ha. Tak da siapa yang nak tau.
Takpa takpa lau awak cakap macam tu dekat u nanti ramai
lagi perempuan yang saya boleh pilih tau.
Haa cubalah kalau berani. Nanti awak takkan jumpa dengan
saya lagi tau.
Sudah-sudah la. Korang pulak yang gaduhnya. Aku dengan
tasha tak macam korang. Masa korang panjang lagi. Kena study dulu. Jangan jadi
macam aku ni kena teruskan legasi family aku. Dan jugak kena bina keluarga
sendiri pulak tu. Nasib baik dengan tasha.
Kenapa? U pun nak cari perempuan lain jugak la tuh.
Pergilah cari bini nombor dua tu I nak study.
Taklah sayang. I setia tunggu u.
Wow korang dah berbaik ehh. Tahniahlah korang. apa-apapun
selamat pengantin baru dan korang dapat jalani kehidupan dengan sempurna.
Betul tu. Jangan lupa kitorang pula. Kalau kitorang ajak
lepak-lepak tu sudi-sudikanlah.
Aku dengan farid takkan lupa koranglah. Kita still boleh
together macam biasakan.
Tapi korang jangan sedih pula sebab aku akan bawa tasha
pergi honeymoon. Esok malam kitorang akan berangkat.
Indonesia jer.
Alah ini pakej dalam khusus kau la tu.
Bila masa pula aku nak pergi honeymoon dengan dia. Dia ni
buat keputusan tak pernah nak bincang dengan aku lah. Farid memang macam tu
suka buat keputusan sendiri. Dari dulu lagi pernah sekali dia buat macam tu
masa cuti sekolah dia ada ajak aku pergi kuala lumpur dengan family dia untuk
kenduri sepupu dia. Datang rumah minta izin acik aku nak keluar dengan family
sekali. Aku ingatkan nak pergi jalan-jalan jer. Pakaian biasa-biasa je la.
Tiba-tiba nak naik kereta tu mama dia tegur pulak. Terpaksa pergi naik tukar
pakai buju kurung. Aku pula yang kena. Farid tu yang tak cakap awal-awal. Suka
sangat buat orang kalut. Ini satu lagi pasal nak pergi indon ni satu bendapun
tak cakap apa-apa.
Farid, u tidur sini ke malam ni?
Kenapa? Tak boleh ke I nak stay dengan wife i?
Siapa cakap tak boleh. U cakap esok u nak balik indon. So
takkan lah kita tak nak jumpa mama dengan papa u?
Awal pagi esok kita baliklah rumah i. pukul 10 malam esok
waktu flight kita. Pergi awal sikitlah. Rasanya mama dengan papa yang hantar
kot.
So betullah yang I kena ikut sekali esok?
Yalah. U kan my wife. Mesti la kena ikut sekali.
U kan farid selalu keputusan sendiri. Kenapa I kena ikut u.
I kan nak sambung study kat sini.
U ikut I kejap je. Nanti bila dah dekat tarikh nak masuk u
I hantarlah u balik. Anggap saja kita ni pergi travel.
Boleh tak kalau I tak ikut. I boleh jaga mama u.
Tak boleh. Mama yang bagi cadangan untuk I bawa u tinggal
dengan I ddekat indon. So I ikut je la. Mama pun dah minta izin acik u yang I
nak bawak u pergi indon tu.
Habis tu u je yang tak nak bagitau i. u suka rahsiakan dari
i. macam mana I nak tahu semua benda. Secara matangnya I nak cakap kita hidup
sebagai suami isteri kena terus terang, bincang apa yang patut, percaya satu
sama lain. I believe u as a husband. I yakin u akan take responsible for
anythings happen. So tolonglah lain kali bincang or share apa yang patut.
Kitakan hidup suami isteri sekarang. I percaya u, u percaya i. I sayang u, u
janganlah suka-suka tinggalkan i.
Sebab I sayanglah I bawa u sekali stay dengan i. sorry sayang
for everythings happened before this. I tak sempat nak cakap kat u. ok lain
kali I takkan buat macam tu dah. Ok. I janji.
Janji tau.
Ya janji sayang.
So I kena kemas barang I la nak bawa pergi indon?
Yalah. Tak payah la bawak banyak sangat. Nanti kat sana
kita shopping ehh.
Shopping? Tapi I tak banyak duit bulan ni.
Apa guna ada husband sekarang. Mulai sekarang I akan tanggung makan pakai u.
itu kan tugas suami. Duit yang u ada tu simpanlah. Nanti tak payah buat
pinjaman dah.
Hemmm, takpa ke u tanggung i. tak payah lah susah.
Mana boleh macam tu. Isteri tanggungan suami.
Okaylah. Lupa pula u kan anak orang kaya. Ehh salah anggap
pula. I gurau je la.
Papa yang pesan. I kena ada rasa tanggungjawab. So lepas
habis khusus ni gaji I akan up sikit.
Okay. Takpa lah u rasa macam tu. Kita kena sepakat la.
Takkan u sorang je nak tanggung i. takpa asalkan I dah ada backup sendiri.
Esoklah I kemas barang I, I penat sangatlah. Satu hari melayan tetamu hari ni.
Thanks sayang sebab sudi terima i.
I yang patut cakap terima kasih sebab u terima I seadanya.
U setia dengan i. walaupun I hampir-hampir giveup dengan u. but u still ingat
i. tak kisah lah u tak cakap apa-apa pun tapi hati u still ada i.
I takkan tinggalkan u dah lepas ni. Sebab I betul-betul tak
dapat tahan rindukan u.
Rindu erk kat i. I pun rindu u. so jom kita tidur.
So I boleh tidur sekatil dengan u lah.
Kalaulah muat. Itulah kalau u balik rumah mama u kan selesa
sikit.
Tak pa ini pun dah cukup okay. I dapat stay dengan u. kalau
I balik rumah nanti tak senang duduk pulak.
Sapa tak senang duduk?
U lah.
Hah I pulak. Padahal u taknak ngaku. Dah tidur. U jangan
buat pape pulak kat i. kan I tolak u sampai jatuh.
Ya. I tak buat pape. I tahu u tak ready lagi.
Thanks farid sebab faham i.
Its okay.
Goodnight. Maafkan I atas dosa-dosa yang I lakukan selama
ini.
Goodnight too.